Saya mencari sebab kenapa restoran in menjadi kegemaran ramai. Saya sendiri pun tak pasti. Sebab setiap kali saya ke Bandar Baru Bangi, pasti saya singgah di restoran ini.
Menu saya tetap sama, ayam goreng dimakan dengan cicahnya...budu, tempoyak, limau nipis dan cili api. Sayur pula bayam, kalau terlewat bayam habis...saya makan saja dengan sayur ulam.
Pernah
satu hari saya sampai agak lewat, iaitu dalam 3 petang, Lauk yang
tinggal hanya ayam goreng, sayur kacang panjang goreng dan
pencicahnya...masih customer tak putus-putus.
Saya
simpulkan istimewanya restoran ini ialah konsepnya yang ringkas. Lauk
pauk yang lain sama saja tetapi rata-rata yang datang akan menikmati ayam
goreng, yang telah dibuang kulit dan digoreng kosong.
Ini bab yang saya paling suka...mengaulkan tempoyak, budu, perah asam asam limau dan patahkan cili api ;)
Sebelum...
Selepas....
Asal saya makan mesti licin ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.