Buang istilah masak tak menjadi. Ia menjadi tetapi jadi lain. Jadi tak seperti resipinya ;)
Mana ada masak tak menjadi, ok. Kita namakan ini menjadi kreatif ketika memasak ;) Kalau nak guna juga perkataan masak tak menjadi...mmmm, apa nak buat bila masakan kita kurang menjadi?
Saya ada buat spaghetti, tapi sosnya tak berapa nak jadi ;) Rasanya kurang sedap untuk dijadikan sos spaghetti. Jadi saya buat apa? Kita ubah resipi ;)
Sosnya saya campur dengan sedikit tepung & telur, kemudian saya goreng ;) Pastanya, saya masak hailam, maka jadilah mee hailam.
Kreatifkan! Selamat mencuba ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.