Siapa ? Saya ! Si penjaga kucing yang bekerja, tinggal di pangsapuri & kucing dibiarkan bebas di dalam rumah.
Bangun Pagi - Letak makanan dalam bekas. Pastikan air & makanan mencukupi. Buang berak / kencing meowmeow. Tambah pasir berak / kencing meowmeow jika perlu. Sapu lantai jika ada pasir.
Balik Kerja - Buang berak / kencing meowmeow dari pasir. Tambah pasir jika perlu. Tukar air minuman & letak makanan dalam tempat makan meowmeow. Kalau bekas makanan meowmeow kurang bersih, basuh dulu bekas makanan meowmeow. Sapu sampah. Mop lantai, jika perlu.
Hujung Minggu - sama seperti aktiviti Balik Kerja tetapi ada berat sikit sebab bab sapu & mop lantai sampai kena angkat kerusi, lap meja & barang-barang. Buang bulu meowmeow yang ada atas sofa & cadar.
Penat ? Memang penat !
Kita tengok berapa kali kena buat dalam seminggu bagi setiap aktiviti.
Makanan - Letak makanan meowmeow dalam bekas sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kena selalu periksa, kurang saja tambah.
Buang Berak / Kencing - 2 kali sehari. Tambah pasir jika perlu.
Sapu sampah - Sekurang- kurangnya sekali sehari.
Mop Lantai - Lebih kurang 4 - 5 kali seminggu. Hujung minggu wajib.
Buang Bulu Pada Sofa / Cadar - Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Lap Perkakasan Rumah - Seminggu sekali. Bukan semua tetapi yang nampak dek mata :-) bagi yang tak nampak dek mata sebulan sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.