Meowmeow punya pasal, bekas yang asalnya bekas beras sudah jadi
tempat simpan makanan meowmeow :-) Tupperware lagi....bertuah meowmeow
!.
nasib ko la tupperware |
Jarang beli beras 10kg dengan alasan berat nak angkat tapi kerana meowmeow, makanan 10kg & pasir 10 litre boleh pula saya angkat. Usah kata 10kg/litre, 20kg/litre pun saya boleh pikul.
Bela kucing mengajar saya menjadi rajin dan bertanggungjawab! Rajin & bertanggungjawab cam ner ? Ye lah, sebelum ini tak menyapu hari-hari, sebab ada meowmeow kena buat, kena mop lantai lagi. Makanan perlu diletakkan hari-hari, air minimum perlu ditukar juga dan tak lupa, kecing dan berak meowmeow kena dibuang hari-hari juga. Balik kerja lewat pun masih kena menjalankan tugas ini.Penat pun kena buat.Kalau tak der meowmeow, rasanya memang tak serajin ini :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.